Pelajar Maut Motosikal Bertembung

BATU KURAU – Dua pelajar maut selepas motosikal ditunggang kedua-dua mereka bertembung dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Perak, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam tadi, mangsa dikenali sebagai Abd Rasyid Rosidi, 16 dan Mohd Saharudin Sahrol Azwan, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa, Abd Rasyid dipercayai dari arah kawasan Anak Kurau menuju ke arah Batu Kurau manakala Mohd Saharudin dari arah bertentangan.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang mangsa bertembung antara satu sama lain secara berhadapan.

“Akibat pertembungan tersebut, kedua-dua motosikal mangsa juga turut mengalami kerosakkan teruk di bahagian hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tamba Harrith Kam, kedua-dua mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.