Padah Abang Yang Rogol Orang , Adik Jadi Mangsa

MULTAN – PAKISTAN. Kira-kira 20 individu diberkas selepas didakwa mengarahkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol sebagai tindakan membalas dendam terhadap perbuatan sama dilakukan abangnya.

Jurucakap polis, Allah Baksh berkata, jirga atau majlis kampung membuat keputusan itu selepas abangnya memperkosa kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

“Seorang lelaki mengadu kepada majlis kampung tentang insiden itu awal bulan lalu. Majlis itu bagaimanapun mengarahkan pengadu untuk merogol adik suspek,” jelasnya.

Sementara itu, akhbar Dawn melaporkan mangsa diperkosa tanpa perikemanusiaan di hadapan majlis terbabit dan ibu bapanya.

“Susulan kejadian itu, ibu remaja tersebut telah membuat aduan di balai polis berhampiran. Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan kejadian rogol dalam kedua-dua kes terbabit,” menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, jirga adalah sebuah majlis yang ditubuhkan oleh pemimpin tempatan berfungsi untuk menyelesaikan pertikaian di kawasan pedalaman Pakistan.

Bagaimanapun, kebanyakan keputusan termasuk mengarahkan pembunuhan kehormat dan ‘rogol balas dendam’ yang dibuat oleh majlis tersebut didakwa melanggar undang-undang lapor BBC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.