Kekalahan Kelantan Sudah Dijangka, Kaki Dan Tangan Diikat Kata Annuar Musa

KOTA BHARU – Kekalahan teruk Kelantan di tangan Kedah 5-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Rabu sudah dijangka.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mendakwa ia berikutan layanan buruk yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) ke atas Kelantan sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata fakta sebenar tidak boleh dinafikan apabila pelbagai masalah dalaman berlaku ke atas Kelantan termasuk pemotongan mata perlawanan dalam Liga Super dan tidak diberi kelulusan bagi mendapatkan khidmat pemain import.

“Ada mata, mata dipotong… (nak) beli pemain tidak diberi. Kelantan sekarang bermain dalam keadaan kaki dan tangan diikat dan jadi pasukan yang cacat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia kawasan Parlimen Ketereh di sini, pada Khamis, seperti memetik Bernama.

Annuar berkata dengan kekalahan memalukan itu pasukan bimbingan Zahasmi Ismail itu seakan dipaksa turun bermain ke Liga Perdana secara paksa pada musim depan.

Keputusan pada malam Rabu meletakkan Kelantan di tangga ke-9 dalam saingan Liga Super musim ini selepas hanya mengutip 17 mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.