Justin Bieber Rempuh Jurugambar

PENYANYI remaja popular, Justin Bieber terlanggar seorang jurugambar ketika sedang memandu keluar traknya dari sebuah acara di Beverly Hills, semalam.

Laporan CNN mendedahkan rakaman orang awam yang menunjukkan Justin turun dari traknya dan membantu mangsa yang cedera.

Pegawai polis Beverly Hills, Leftenan Scoot Dowling mengatakan mangsa yang berusia 57 tahun hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital.

 

Justin pula memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ketika berada di lokasi kejadian.

Bintang yang popular dengan lagu hit ‘Sorry’ berkenaan baru-baru ini membatalkan konsert jelajahnya tanpa sebab yang kukuh.

Berkata kepada TMZ, Justin mengatakan beliau mahu berehat buat sementara waktu.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.