Ibu Sibuk Membeli, Anak Hilang Ditemui Buang Air Besar Di Mangkuk Tandas IKEA

Satu perkongsian gambar budak 4 tahun yang hilang di Ikea jadi tular di laman sosial, Facebook.

Ibu bapanya yang sibuk membeli belah di kedai perabot dan kediaman terbesar itu mula panik apabila mendapati anaknya hilang.

Difahamkan, ibu bapa itu mencari anaknya di seluruh kawasan dalam Ikea tersebut.

Namun lebih kurang setengah jam kemudian mereka menemui kanak kanak itu sedang membuang air besar di bahagian pameran mangkuk tandas IKEA.

Rata-rata netizen menasihatkan ibu bapa tidak melakukan perbuatan yang sama seperti itu dan lebih bertanggungjawab.

“Pada ibu bapa jangan lah terlalu asyik shopping sahaja kehendak anak-anak perlu lah di ambil tahu dan sentiasa beri perhatian,”kata seorang netizen.

Pakar dicari hati menulis, “Anak-anak zaman sekarang sememangnya mereka seorang yang sangat bijak, kadang-kadang apa yang di lakukan mereka di luar jangkaan, seperti apa yang berlaku dalam gambar di atas. Ini hanya lah kisah dan teladan yang boleh di jadikan pengajaran kepada ibu bapa, semoga tidak ada perkara buruk yang berlaku kepada mereka dengan apa yang mereka lakukan,”tulisnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.