Hubungan Diplomatik Jordan, Israel Berdepan Risiko

AMMAN – Hubungan Jordan dengan Israel bergantung kepada cara rejim zionis mengendalikan insiden tembakan yang meragut nyawa dua rakyat Jordan di perkarangan Kedutaan Israel di Amman.

DPA melaporkan, tegas Raja Jordan, Raja Abdullah II, cara Tel Aviv mengendalikan kes itu bakal memberi kesan langsung terhadap hubungan dua hala.

Kerajaan Jordan akan mengambil segala langkah perlu, bagi membela mangsa, seperti memetik RTM.

Kejadian Ahad lalu mencetuskan krisis diplomatik, selepas pihak berkuasa Israel mendakwa tindakan pengawal keselamatan kedutaan menembak dua warga Jordan, bertujuan mempertahankan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.