Dua Batang Gigi Charlize Theron Retak Berlakon Filem Atomic Blonde

Pelakon Hollywood, Charlize Theron terpaksa menjalani pembedahan memperbetulkan giginya yang retak selepas melakukan babak bergaduhan untuk filem terbarunya, Atomic Blonde, lapor Portal Variety.

“Kejadian itu berlaku ketika sesi latihan berlangsung untuk bulan yang pertama. Saya tidak menjangkakan tentang perkara itu dan berasa pelik kerana mengalami sakit gigi yang teruk.

“Sehinggalah saya mengambil inisiatif untuk ke klinik pergigian dan doktor memberitahu mengenai kecederaan yang saya hadapi.

“Doktor menasihati supaya saya menjalani pembedahan sebelum berangkat ke lokasi penggambaran di Budapest,” katanya seperti memetik AstroGempak.

Selain gigi retak, antara kecederaan yang dialami oleh Theron adalah lebam-lebam dibahagian badan dan juga kaki terseliuh.

Bagaimanapun, itu tidak menjadi satu masalah buat Theron untuk terus melakukan aksi lasak sendiri.

Sebagai bukti, pelakon Hollywood terkenal ini telah menjalani latihan selama dua bulan selama empat jam setiap hari.

Atomic Blonde arahan David Leitch di Malaysia bermula 27 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.