Digi Kini Boleh Didapati Di Seluruh Bahagian Bawah Tanah Di Laluan Transit Aliran Massa (MRT)

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan bahawa rangkaiannya kini boleh didapati di seluruh bahagian bawah tanah di laluan Transit Aliran Massa (MRT) yang baru dilancarkan.

Pelancaran laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) menandakan pertukaran landskap pengangkutan negara yang menjadi pilihan rakyat untuk menggunakannya.

Ketua Pegawai Teknologi Digi, Kesavan Sivabalan berkata, pelancaran liputan Digi itu akan dapat menjangkau pelanggan yang berada di dalam MRT termasuk ketika melalui laluan bawah tanah dengan rangkaian 4G Plus yang konsisten.

“Pelanggan boleh terus berhubung dan boleh dihubungi sepanjang masa semasa mereka berada dalam MRT. Mereka juga boleh terus melihat kandungan seperti muzik dan video, bermain permainan dalam talian atau membaca laman web kegemaran mereka.

“Ia adalah satu lagi contoh kami maksudkan bahawa kami mempunyai infrastruktur disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dengan perubahan digital,” katanya.

Selain itu, Kesavan berkata, Digi turut membawa rangkaian Digi 4G Plus dengan spektrum 900MHz yang baru diaktifkan membolehkan isyarat telefon bimbit memberi liputan lebih luas termasuk kawasan pedalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.