Bukan Illuminati, Kata Ayda

PENYANYI popular Ayda Jebat menafikan simbol mata yang digunakan pada judul lagu terbarunya Mata berunsurkan illuminati.

Ayda berkata, simbol itu adalah cantuman beberapa nombor yang direka bagi membentuk sepasang mata.

“Ini adalah idea saya. Kalau perhati betul-betul ia bukan simbol Illuminati seperti didakwa sebaliknya ia terbentuk hasil cantuman beberapa nombor yang akhirnya kelihatan seperti mata.

“Nombor itu adalah rahsia di sebalik simbol mata dan terdapat maksud yang ingin disampaikan. Mata boleh diertikan sebagai ‘markah’ atau ‘point’ dalam sesuatu pertandingan.

“Pada masa sama mata juga boleh dijadikan inuendo dalam memberi gambaran terhadap pihak lawan,” katanya kepada Harian Metro.

Isu itu mula diperkatakan apabila Ayda mempromosikan single terbarunya di laman Instagram.

Menurut Ayda, lagu ciptaan Audi Mok, Shazee dan dia sendiri itu turut didedikasikan buat atlet negara yang bakal berjuang dalam sukan SEA 2017 bulan depan.

“Bukan saja pada simbol mata, malah bait lirik lagu ini penuh makna dan memang ditujukan kepada pihak lawan.

“Disebabkan itu untuk single ketiga ini saya sengaja memilih tema semangat. Saya mahu pendengar lebih terkesan dengan liriknya lebih-lebih lagi buat mereka yang kehilangan semangat,” katanya.

Pada masa sama, lagu Mata ini turut menggambarkan perjalanan hidup dan kerjaya Ayda sebagai insan seni.

Menariknya, single Mata ini menjadi ‘trending’ topik di laman Twitter dan berada pada kedudukan keenam.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.