Arab Saudi Pintas Peluru Berpandu Balistik Syiah Houthi Sasar Mekah

RIYADH – Tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi semalam mengumumkan kejayaan menangkis serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Syiah Houthi dari Yaman, dipercayai mensasarkan kota suci Mekah.

“Senjata itu berjaya dipintas pada jarak kira-kira 69 kilometer di selatan Makkah yang terletak di barat Arab Saudi,” kata perikatan tentera dalam satu kenyataan.

Mengulas serangan terbaru itu, tentera perikatan menyifatkan ia sebagai cubaan terdesak oleh pemberontak Syiah Houthi untuk menjejaskan musim haji yang menjelang tiba awal bulan depan.

Sebelum ini serangan serupa turut dilancarkan Syiah Houthi pada Oktober tahun lalu. Peluru berpandu Burkan-1 itu berjaya dipintas kira-kira 65 kilome­ter dari Mekah tanpa mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.

Manakala pada Mei tahun ini Syiah Houthi turut melancarkan peluru berpandu balistik dipercayai jenis yang sama ke arah Riyadh dan berjaya dimusnahkan sebelum sampai ke sasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.