Angkasawan Negara Syeikh Muszaphar Dapat Anak Kembar

KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, menyambut ulang tahunnya semalam dengan penuh bermakna apabila menimang cahaya mata kembar lelaki.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun rasmi Facebook miliknya.

“Terima kasih semua atas ucapan selamat hari lahir. Kami bersyukur dengan kelahiran bayi kembar lelaki pada jam 10.05 pagi tadi (semalam),” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, mendirikan rumah tangga pada 2010. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan, Sophea Isabella dan Sophea Natasha. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.