8 Profesor Romania Didakwa Menipu Diploma Perubatan

BUCHAREST – Lapan orang profesor perubatan Romania didakwa kerana disyaki menerima bayaran untuk membantu pelajar asing menjawab soalan peperiksaan atau mendapatkan diploma utama.

Menurut AFP, para pendakwa berkata, mereka adalah antara 36 individu yang disiasat kerana disyaki menerima bayaran hingga 400 euro atau 467 dolar dengan memberi jawapan melalui khidmat SMS, menjelang peperiksaan atau memberi markah lebih bagi membolehkan pelajar berkenaan lulus.

Mereka juga didakwa menjual thesis kepada pelajar dengan harga antara 500 hingga 600 euro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.