Video : Nurul Izzah Bawa 800 Tandangan Bantah Harga Parkir

KUALA LUMPUR – Anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya membatalkan kenaikan kadar parkir di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

 

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada DBKL yang ditandatangani 800 penduduk Lembah Pantai bagi membantah kenaikan caj parkir berkenaan.

 

Katanya, ia merupakan satu tindakan terburu-buru dan pihaknya mendapati terdapat pembatalan (untuk menaikkan kadar parkir) di TTDI.

 

“Manakala di tempat lain seperti di Bangsar, Kepong dan Sri Hartamas, kadar parkir kekal dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 

Terdahulu, DBKL menaikkan caj tempat letak kereta yang mana RM2 akan dikenakan bagi jam pertama manakala RM3 bagi jam kedua pada 18 Julai lalu. Dua hari kemudian, kenaikan caj itu dimansuhkan di kawasan TTDI.

 

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL akan mengkaji semula caj yang dinaikkan di kawasan yang didiami golongan kelas pertengahan seperti di Bangsar, Sri Hartamas dan Kepong dalam masa dua atau tiga hari lagi.

 

Tujuan langkah menaikkan caj parkir tersebut untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.