Siapa Makan Cili Dia Yang Pedas, Kata Pemuda Sosialis DAP Kepada PKR

PETALING JAYA – Jangan jadi kacang lupakan kulit, pesan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), walaupun PKR tersinggung dengan catatan Facebook Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.

 

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY Chiong Yoke Kong berkata PKR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang “langsung tidak munasabah serta memutarbelitkan fakta sebenar” sekiranya teguran Tony mengenai sasaran.

 

“Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas,” katanya menjawab catatan Facebook Ketua Biro Undang-Undang PKR Latheefa Koya semalam.

 

“Saya ingin mengingatkan Latheefa Koya bahawa DAP tidak pernah mengumumkan pilihan raya mengejut secara sebelah pihak, malah ada sesetengah pihak yang bimbang untuk menghadapi pilihan raya telah membocorkan berita tersebut kepada media.”

 

Semalam Latheefa mengingatkan pihak tertentu, dipercayai DAP, bahawa rakan komponen Pakatan Harapan bukan budak suruhan mereka.

 

Beliau dipercayai merujuk kepada catatan Tony Pua sebelum itu.

 

Tony mengeluh mengenai ‘kawan’, dipercayai PKR, yang tidak membalas budi kerana apabila DAP memerlukan sokongan untuk mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang, ‘kawan’ itu mengumumkan pendirian kepada media sebelum memberitahu DAP, sekaligus memalukannya.

 

Latheefa kemudiannya menyenaraikan beberapa kejadian tindakan sebelah pihak oleh sasarannya seperti mengumumkan pilihan raya kilat, mengumumkan membubarkan Pakatan Rakyat dan mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.