PM Ucap Tahniah Kepada Raja Pecut Negara

KUALA LUMPUR – “Tahniah, Raja Pecut Baharu Negara!,” ucap Datuk Seri Najib Razak kepada Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak, semalam.

 

“Khairul Hafiz Jantan pegang rekod kebangsaan baharu, 10.18 saat!,” kata Perdana Menteri menerusi status laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

 

Najib turut memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan gambar Khairul Hafiz yang diambil sejurus beliau melepasi garisan penamat acara itu di Stadium Sarawak, Kuching.

 

Khairul Hafiz, 18, pelari dari Melaka memadamkan rekod lama 10.30 saat yang dicipta anak Sarawak Watson Nyambek sewaktu Sukan Pra-Komanwel 1998.

 

Pingat perak pula dimiliki pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36s manakala pelari dari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap yang turut menamatkan acara itu dalam masa 10.36s, mendapat gangsa berdasarkan photo-finish. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.