Korea Utara Sebar Risalah Propaganda Menerusi Sungai

SEOUL – Korea Selatan menuduh musuhnya Korea Utara menghanyutkan risalah propaganda melalui sungai dalam kejadian pertama seumpamanya.

 

Kementerian Pertahanan berkata hari ini, baru-baru ini mereka menemui berpuluh-puluh beg plastik, setiap satu mengandungi kira-kira 20 risalah, berhampiran sungai Seoul dekat sempadan Korea yang bergolak.

 

Seoul hanya satu jam perjalanan dari sempadan berkenaan. Mereka mendakwa risalah itu mengandungi ancaman untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Korea Selatan dan memuji sistem politik Utara.

 

Perang Dingin terus berlarutan selepas Utara melakukan ujian nuklear keempat Januari lalu. Seoul pula terus menyiarkan propaganda anti-Pyongyang dan lagu-lagu K-pop dari pembesar suara di sempadan.

 

Pyongyang bertindak balas dengan memulakan semula siaran sempadan sendiri dan melepaskan belon yang membawa risalah anti-Selatan.

 

Kementerian itu menyatakan ia adalah kali pertama Pyongyang menggunakan sungai untuk menghantar risalah. – AP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.