Guan Eng Bidas Cadangan Adakan DUN Tergempar

BATU KAWAN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mempersoalkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, yang mencabar kerajaan negeri mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar berhubung cadangan Pilihan Raya Negeri (PRN).

 

Beliau berkata, keputusan mengadakan PRN adalah bidang kuasa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kaitan.

 

“Adakah Muhamad Farid tidak faham dan sudah lupa bahawa BN bukan parti memerintah di Pulau Pinang dan mereka perlu ingat, BN juga pernah mengadakan tiga pilihan raya umum (PRU) awal pada tahun 1982, 1986 dan 1990.

 

“Walaupun saya mempunyai kuasa membubarkan DUN, saya masih ingin berbincang dengan rakan Pakatan Harapan dan Muhamad Farid perlu ingat BN adalah pembangkang di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media selepas perasmian Galeri Jualan Aspen Vision City, Bandar Casia di sini, hari ini.

 

Semalam, Muhamad Farid dilaporkan mencabar Guan Eng mengadakan Sidang DUN tergempar bagi mencapai kata putus berhubung cadangan mengadakan PRN.

 

Guan Eng berkata, Muhamad Farid berhak mengemukakan undi tidak percaya dalam sidang DUN akan datang sekiranya tidak puas hati dengan perkara itu.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.