Dulu dibuli kerana hodoh tapi sekarang…

ORANG kata, kawan yang gemuk atau hodoh masa sekolah, jangan dibuli atau dikutuk. Nanti bila dah dewasa, mereka jadi kacak dan cantik.

 

Nyata perkara itu menjadi kenyataan untuk Joanna Joseph, namun bukanlah tanpa rintangan dan semuanya dilalui dengan semangat jati diri yang tinggi.

 

Melalui laman Facebook Miss Selangor Earth 2016, kisah Joanna dikongsi untuk memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik.

 

“Saya tak ada sebarang matlamat hidup pada waktu lalu. Saya selalunya dibuli setiap hari, termasuk oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebihan,” kata perkongsian tersebut.

 

Joanna mengatakan beliau mengambil keputusan untuk mengubah keadaan tersebut sebelum segala-galanya menjadi ‘kekal’ dalam hidupnya.

 

“Ibu saya pernah mencuba pil untuk mengurangkan berat badan dan saya melihat beliau terseksa setiap hari kerana tidak mampu makan apa-apa.

 

“Saya cuba bersenam di gim pada masa terluang, saya cuba untuk makan secara sihat,” kata Joanna.

 

Beberapa gambar sebelum dan selepas Joanna berubah juga dikongsi, dan nyata perubahan terhadap diri Joanna memberikan impak yang sangat positif terhadap dirinya.

 

“Buktikan kepada orang di sekeliling anda yang anda adalah lebih daripada yang mereka perkatakan (gemuk). Anda mampu buat,” kata Joanna.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.