Zahid Hamidi Dilantik Timbalan Perdana Menteri Yang Baru

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

 

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan namun perbezaan pendapat di kalangan anggota kabinet tidak seharusnya dilakukan melalui forum terbuka.

 

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama,” jelas beliau ketika mengulas keputusan menggugurkan Muhyiddin.

 

Peralihan jawatan TPM itu akan berkuatkuasa 29 Julai 2015 (esok).

 

“Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kerajaan,” kata Najib lagi.

 

 

One thought on “Zahid Hamidi Dilantik Timbalan Perdana Menteri Yang Baru

  • July 28, 2015 at 2:52 pm
    Permalink

    Tahniah pada PM &TPM baru atas keputusan/perlantikan semoga diberkatiNYA,juga pada Mantan TPM..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.