Video: Polis Jadi ‘Tilam’ Untuk Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Beijing – Seorang anggota polis muncul wira apabila menyelamatkan lelaki yang terjun dari tingkat empat sebuah bangunan di Guangxi, selatan China.

 

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan ingin membunuh diri, sebelum orang ramai menghubungi polis.

 

 

Pegawai polis berkenaan, Liang Xiao tiba awal di tempat kejadian.

 

Namun disebabkan pasukan penyelamat lain masih belum tiba, dia menjadikan dirinya sebagai tilam untuk menyelamat lelaki tersebut.

 

Laporan media tempatan menyatakan, Liang Xiao berbaring untuk menyambut lelaki terbabit.

 

Tindakan nekad itu berjaya menyelamat lelaki berkenaan, walaupun Liang turut mengalami kecederaan.

 

Video aksi menyelamat itu mula dimuat naik di lama media sosial dan mendapat pujian orang ramai dari seluruh dunia.

 

Ramai yang menyatakan tindakan pegawai polis muda itu wajar dicontohi walaupun membahayakan dirinya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.