Video: Ibu Muda Maut ‘Ditelan’ Eskalator

China – Sungguh tragis apabila seorang wanita berusia 30 tahun maut dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli belah di Bandar Jingzhou, Hebei disini semalam selepas ‘ditelan’ eskalator ketika sedang menaiki tangga bergerak itu.

 

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Xiang Liu Juan bersama anak lelakinya menggunakan tangga bergerak tersebut untuk ke tingkat atas sebelum lantai di bahagian hujung eskalator itu runtuh menyebabkan dia terjerumus ke dalam lubang berkenaan.

 


Ibu Muda Maut ‘Ditelan’ Eskalator by suaratv2014

 

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia bagaimanapun sempat menyelamatkan anaknya daripada turut sama terjatuh ke dalam lubang berkenaan dengan menghulurkan anaknya kepada orang awam yang berada di sekitar eskalator pasaraya tersebut.

 

Menurut portal berita antarabangsa, 9news.com.au, insiden menyayat hati itu berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.

 

Difahamkan, ketika kejadian tersebut suami mangsa dilaporkan masih berada di bawah, sebelum melihat isterinya terjatuh ke dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.