Sergio Ramos Tidak Akan Dijual

Madrid – Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan bahawa Sergio Ramos tidak akan dijual.

 

Perez memberitahu bahawa kelabnya tidak akan menjual pemain pertahanan itu dalam apa jua keadaan.

 

Walaupun masih lagi mempunyai tempoh lima minggu musim perpindahan pemain, dipercayai agak mustahil untuk melihat Ramos berpindah ke kelab lain, malah United boleh merancang perkara lain.

 

Sebelum ini, Ramos dilaporkan tidak bersetuju dengan kontrak baharu di Barbenabeu, namun belum pasti sama ada perkara itu sudah selesai ataupun tidak.

 

Ramos berulang kali memberitahu kelabnya bahawa dia berminat untuk menyertai United yang telah dua kali membuat tawaran, namun ditolak Perez.

 

Pemain antarabangsa Sepanyol ini masih mempunyai baki kontrak dua tahun yang menjadikan haknya sangat terhad untuk terus menekan Madrid menerima permintaan kenaikan gaji.

 

Madrid berdepan dengan situasi sukar selepas Iker Casillas berpindah ke kelab lain dan penyokong-penyokong kelab telah melaungkan ‘Ramos bukan untuk dijual’ malah meminta Perez meletak jawatan.

 

Menurut Perez, kelab ini melepaskan Casillas kerana keinginan pemain itu sendiri.

 

“Tetapi terdapat beberapa pemain yang masih mempunyai kontrak dan ingin berhijrah ke kelab lain, kami tidak benarkan”.

 

Sementara itu, United kini berbelah bagi apabila mereka tidak akan menjual David de Gea kecuali berjaya mendapatkan Ramos.

 

Dengan situasi ini, penjaga gol itu terpaksa  meneruskan aksinya di Old Trafford.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.