Serangan “Pengganas” Di Bahrain Ragut Dua Nyawa

Dubai – Dua anggota polis terbunuh dalam satu letupan kuat yang berlaku di sebuah kawasan bermajoriti pengikut Syiah di Bahrain.

 

Menurut laporan AFP, enam yang lain turut cedera dalam serangan di Pulau Sitra, selatan ibu negara Manama.

 

Kementerian Dalam Negeri menerusi Twitternya menyifatkan ia adalah serangan “pengganas”.

 

“Satu letupan pengganas menyasarkan anggota polis yang bertugas di kawasan Sitra, menyebabkan kematian dua anggota dan seorang lagi cedera parah,” demikian menurut kementerian itu.

 

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas kerajaan mengumumkan kejayaan menumpaskan kegiatan penyeludupan senjata api dari Iran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.