Rombakan Kabinet: Shafie Apdal Enggan Komen

Kuala Lumpur – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal enggan mengulas mengenai kedudukannya yang dikaitkan bakal digugurkan dari Kabinet.

Naib Presiden UMNO itu berkata, buat masa ini beliau tidak boleh memberi sebarang komen kerana tidak tahu mengenai kedudukan sebenar senarai Kabinet baharu yang bakal diumumkan Perdana Menteri.

“Macam mana saya nak komen, saya tidak tahu. Tunggu keputusan rombakan Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.