Rombak Kabinet: Pemuda UMNO Johor Terima Keputusan PM Dengan Hati Terbuka

Johor Bharu – Pemuda UMNO Johor menerima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet Persekutuan pada Selasa.

 

Ketuanya, Hahasrin Hashim ketika dihubungi SuaraTV berkata menerima dan menghormati keputusan tersebut.

 

“Kita mewakili akar umbi dan perhubungan UMNO Johor menghormati keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri untuk melakukan rombakan tersebut.

 

“Saya rasa PM sudah pasti telah melakukan pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan tersebut dan kami dari Pemuda UMNO Johor secara umumnya menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Hasrin lagi keputusan tersebut adalah merupakan hak Perdana Menteri dan yakin keputusan tersebut telah melalui pertimbangan yang sewajarnya.

 

“Kita kena faham dan menghormati keputusan tersebut kerana kuasa melantik dan mengugurkan ahli jemaah menteri adalah merupakan hak prerogatif perdana menteri dan kami yakin setiap keputusan yang dilakukan itu telah melalui pertimbangan yang sebaiknya.

 

“Kita harap ia akan mampu memacu negara ke arah yang lebih baik” ujarnya ringkas.

 

Terdahulu Najib berkata keputusan menggantikan Muhyiddin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu keputusan yang amat sukar.

 

Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.