Penjual CD Bollywood Cedera Ditembak

Johor Bahru – Seorang penjual CD Bollywood berusia 11 tahun, cedera dalam satu cubaan bunuh di Jalan Trus di pusat bandar raya, awal hari ini.

 

Mangsa yang terkenal di kalangan penjual di kawasan itu, ditembak tiga kali ketika beliau cuba masuk ke tempat duduk penumpang keretanya yang diletakkan di bahu jalan pada jam 12.03 pagi.

 

Difahamkan, dua suspek lelaki, menaiki motosikal Yamaha LC135 dilihat di kawasan berkenaan dan penumpang melepaskan tembakan.

 

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek yang menaiki motosikal di jalan yang sesak, tidak berhenti dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

 

“Mangsa mengalami kecederaan ditembak di bahagian rusuk kanan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah oleh orang awam. Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.

 

Siasatan awal mendapati penembak menggunakan senjata semi-automatik 9mm. Dari tiga tembakan yang dilepaskan, dua tembakan tidak mengenai sasaran.

 

Menurut saksi, suspek menggunakan helmet bervisor dan jaket warna gelap dalam kejadian itu.

 

Sulaiman berkata, polis menyiasat motif yang menyebabkan kejadian tembak.

 

“Kami melihat kes ini sebagai serius dan akan menyiasat semua aspek, termasuk balas dendam, persaingan perniagaan dan apa-apa saja motif,” katanya dan menambah polis mengklasifikasikan insiden itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

 

Ini merupakan insiden terbaharu melibatkan cara gangster di selatan Johor sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

 

Sebelum ini pada 16 Julai lalu, di Taman Sri Yackob di Nusajaya, seorang pemandu lori berusia 44 tahun maut ditembak.

 

Tidak lama selepas itu pada 19 Julai, seorang peniaga berusia 47 tahun maut ditembak empat kali di Kulaijaya.

 

Polis percaya kedua-dua insiden berkenaan tidak berkait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.