Pemimpin Agama Kutuk Keganasan Terhadap Sami

Pattani – Serangan bom ke atas sami Buddha pada Sabtu lepas di Saiburi yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah, dikutuk oleh orang ramai di selatan Thailand, termasuk pemimpin agama Islam dan Buddha.

 

Hari ini di padang sukan di hadapan pejabat Pentadbiran Daerah Saiburi, lebih 2,000 orang umat Islam menunaikan solat hajat untuk keamanan dan kesejahteraan penduduk di tiga wilayah selatan.

 

Ia disusuli dengan memasang kain sepanduk menentang keganasan serta diikuti bacaan kenyataan mengutuk keganasan itu.

 

Gabenor Wilayah Pattani Virapon Keawsuwang berkata kejadian pengeboman itu sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan dan pelakunya wajar dikutuk masyarakat.

 

Beliau meminta mereka yang melakukannya insaf dan menyerah diri kepada pihak polis.

 

Pejabat Sheikul Islam Thailand menyatakan rasa sedih dengan kejadian pengeboman itu yang mengorbankan dua orang dan mencederakan enam lagi.

 

Yang terkorban adalah seorang sami Buddha dan seorang anggota tentera yang melakukan tugas mengawal sami tersebut.

 

Ia berkata pergolakan sepanjang satu dekad di selatan Thailand telah mengorbankan ramai rakyat awam tidak kira Muslim dan Buddha.

 

Jaringan Penganut Agama Buddha di bawah pimpinan Lamai Manakarn, Pengetua jaringan itu telah mengeluar kenyataan mengutuk keganasan terhadap para pemimpin agama, orang awam dan anggota keselamatan yang mengiringi sami-sami semasa melakukan aktiviti keagamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.