Pelantikan Sebagai Peguam Negara Satu Penghormatan – Apandi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamed Apandi Ali menganggap pelantikannya sebagai Peguam Negara kesembilan menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan sebagai satu penghormatan.

 

“Saya merasa bangga kerana pelantikan ini daripada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Walaupun saya lebih selesa di Mahkamah Persekutuan, saya akan memikul tanggungjawab yang diberi demi negara,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

 

Ditanya apakah perancangan atau perubahan yang akan dilakukan selepas menerajui Jabatan Peguam Negara, Mohamed Apandi berkata, beliau perlu meneliti dulu gambaran dan skop kerja sebelum boleh membuat sebarang kenyataan mengenainya.

 

Mohamed Apandi berkata beliau menerima surat pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, di pejabat KSN pagi tadi, bagaimanapun sudah mendengar khabar mengenainya sejak kelmarin. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.