Nur Jazlan Letak Jawatan Pengerusi PAC

Kuala Lumpur – Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed perlu meletakkan jawatannya, selewat-lewatnya esok.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Nur Jazlan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pelantikan itu berkuatkuasa esok.

 

Perintah tetap Parlimen 77(4) memaklumkan bahawa ‘tiada ahli yang dinamakan atau dilantik sebagai Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Jawantankuasa Kira-Kira Wang Negara selagi ia adalah ahli kabinet.”

 

Nur Jazlan terlibat dalam siasatan pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Pejabat Ketua Audit Negara.

 

Ketua Audit Negara Jeneral Tan Sri Ambrin Buang telah menghantar laporan awal 1MDB kepada PAC yang kemudian diserah kepada Parlimen tetapi tidak didedahkan kepada umum.

 

Nur Jazlan perlu membuat keputusan sama ada mahu kekal sebagai pengerusi PAC dan menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri atau meletak jawatan dari PAC.

 

Keputusan Nur Jazlan itu penting bagi memastikan sama ada siasatan terhadap isu 1MDB berjalan lancar atau diberhentikan sehingga pengerusi baharu dilantik.

 

Portal The Malay Mail Online melaporkan beliau berkata, akan meletak jawatan.

 

“Saya perlu meletak jawatan. Semua (kami yang dilantik) perlu meletak jawatan,” katanya kepada portal itu.

 

Selain Nur Jazlan, empat lagi anggota PAC Barisan Nasional, turut dilantik sebagai timbalan menteri adalah: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, (Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) perlu mengosongkan kedudukan mereka di PAC.

 

Beliau turut mengesahkan bahawa dengan pelantikan ini, siasatan PAC terhadap 1MDB akan tergendala.

 

“Ia terpaksa dihentikan buat seketika,” katanya kepada Malay Mail Online.

 

Katanya mereka terpaksa menunggu sehingga sidang Parlimen akan datang untuk melantik pengerusi PAC yang baharu dan ini bermakna siasatan PAC akan dihentikan sehingga sidang dewan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.