Musa Hitam Yang Pertama Jadi Timbalan Presiden UMNO Tanpa Jawatan TPM

PENYINGKIRAN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal dari kabinet hari ini, tidak menjadikan kedua mereka sebagai Timbalan Presiden/Naib Presiden UMNO pertama menjawat jawatan penting parti, tanpa disokong jawatan kabinet dalam sejarah negara ini.

 

Sebaliknya, ia adalah Tun Musa Hitam (1981-1986) yang terlebih dahulu mencatat sejarah sebagai Timbalan Presiden UMNO pertama tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih setahun sebelum kalah dalam pemilihan 1987.

 

Musa dipaksa melepaskan jawatan tersebut pada 27 Februari 1986 akibat tidak bersependapat dalam soal menguruskan tragedi Memali, tapi kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga 24 April 1987 bila kalah dengan majoriti 40 undi di tangan Tun Ghaffar Baba.

 

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula adalah Naib Presiden UMNO pertama yang tidak diberikan sebarang jawatan Menteri sekalipun menang dalam pemilihan 1987.  Sebelum pemilihan tahun tersebut, Tun Abdullah adalah Menteri Pertahanan tapi kerana kedudukannya sebagai antara orang penting dalam Team B, maka jawatan Menterinya dinafikan.

 

Semua ini berlaku dalam era pemerintahan orang yang sama – Tun Mahathir Mohamad.

 

Jadi bagi sesiapa yang memandang keputusan menggugurkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Afdal hari ini sebagai bukti kezaliman Najib, maka bandingkanlah dengan fakta yang disebutkan di atas, adakah ini satu kezaliman atau kewajaran?

 

Hakikatnya, kedudukan Menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri sementara jawatan dalam UMNO adalah kuasa mutlak ahli-ahli UMNO.  Pada hemat penulis jawatan Menteri tidak ada bezanya dengan semua jenis pekerjaan yang lain, ada ketua, ada tanggungjawab,  boleh dipecat, ditukarkan (kalau boss dah benci) dan sebagainya.

 

Kena pandai bezakan tu.  Sebetulnya, tak lantik Timbalan Perdana Menteri pun takpe sebab jawatan itu tidak disebut dalam perlembagaan negara tapi atas sebab-sebab tertentu sebaiknya pemegang jawatan tersebut ada.

 

Yang penting disini, baik Najib mahupun Mahathir dulu, keduanya tidak mengganggu hak ahli-ahli UMNO, kecuali dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim sahaja dimana penyingkiran jawatan Tmbalan Presiden UMNO berlaku – itupun dengan kelulusan Majlis Tertinggi UMNO.

 

Jadi kalau Najib dikatakan zalim hari ini kerana keputusan yang dibuatnya itu, maka Mahathir terlebih dahulu zalim dari beliau.  Sanggup ke nak mengatakan Mahathir zalim? – MyKmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.