Gani Patail Tamatkan Tugas Sebagai Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Gani Patail telah menamatkan tugasnya sebagai Peguam Negara mulai 27 Julai 2015 atas faktor masalah kesihatan yang dialaminya, demikian menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

 

Menurut kenyataan itu juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah dilantik untuk menyandang jawatan Peguam Negara berkuat kuasa tarikh yang sama.

 

Gani Patail mula berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 1 Januari 2002 bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Dato’ Seri Ainum binti Mohd Saaid.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.