Kelab MLS, Montreal Impact ‘pikat’ Didier Drogba

Amerika Syarikat – Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba kini sah menandatangani kontrak untuk bersama pasukan Major League Soccer (MLS), Montreal Impact.

 

Penyerang veterean yang kini berusia 37 tahun itu meninggalkan Stamford Bridge berusia 37 tahun pada musim panas ini selepas bermain 381 perlawanan dan memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris bersama kelab London itu.

 

Drogba adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya, Ivory Coast, dengan 65 gol dalam 105 penampilan antarabangsa.

 

Presiden Montreal Joey Saputo berkata yang dipetik daripada portal BBC, perpindahan ini menjadi ‘salah satu hari yang paling besar dalam sejarah kelab’.

 

Tambahnya lagi, ia adalah satu penghormatan untuk menyambut Didier Drogba di kelab barunya, Impact.

 

“Daripada perbualan pertama saya dengan beliau, saya merasakan bahawa dia benar-benar mahu bermain di Montreal.

 

“Ketibaan beliau akan memberi manfaat dalam setiap aspek.”

 

Impact, yang bermain bersama MLS sejak 2012 menamatkan musim lalu di dasar liga.

 

Drogba menjejaki bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Frank Lampard berpindah ke liga Amerika Utara itu, dengan menyertai pasukan New York City.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.