Isu Letupan Bom di Mumbai, Salman Khan Minta Maaf

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan terpaksa menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan tweet kontroversinya mengenai dalang di sebalik kejadian letupan bom di Mumbai pada 1993 yang meragut 257 nyawa dengan 1,400 orang lagi mengalami kecederaan kritikal.

 

Beliau menarik balik tweet berkenaan, menawarkan permohonan maaf tanpa syarat dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk membayangkan bahawa pesalah kes letupan Mumbali pada 1993 Yakub Memon tidak bersalah.

 

Dalam siri tweet beliau awal Ahad, Salman Khan mempertahankan Yakub yang dijadual akan digantung pada 30 Julai selepas gagal dalam rayuannya.

 

Pelakon berusia 49 tahun itu mendakwa, Yakub adalah orang yang tidak bersalah dan ia adalah adik Yakub, yang dikenali sebagai Tiger Memon, yang harus menghadapi hukuman gantung kerana peranannya dalam kejadian letupan pada 1993.

 

Dalam tweet, Salman Khan didakwa menyifatkan Tiger Memon sebagai “serigala” yang bersembunyi di Pakistan dan mahu kerajaan Pakistan untuk mengesahkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.