Hishammuddin Nasihat Muhyiddin Jangan Melatah

Kuala Lumpur – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada mereka yang tersingkir daripada jemaah menteri kabinet termasuk Timbalan Presiden UMNO, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak melatah dan menerima hakikat.

 

Katanya, dalam landskap politik ketika ini apa juga keputusan boleh berlaku.

 

Tegasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membuat keputusan dan beliau mempunyai hak berbuat demikian.

 

“Dalam langskap politik hari ini kita jangan latah, kita kena rasional jangan emosi, ini hak Perdana Menteri dan Perdana Menteri telah membuat keputusan.

 

“Kita kena rapatkan barisan kita dan patuh apa jua keputusan ini realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 pada Selasa.

 

Diminta mengulas pertantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Hishammuddin berharap beliau akan lebih bertanggunjawab dan memastikan kepentingan parti dan negara sentiada diutamakan.

 

“Saya harap beliau (Zahid) laksanakan tanggungjawab dengan baik dan memastikan kepentingan parti dan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.