Harga Barang Mentah Di Dungun Terlalu Mahal

Dungun – Penduduk daerah ini memohon pihak berwajib meninjau harga barang mentah di beberapa pasar di daerah ini yang dikatakan terlalu mahal dan tidak munasabah sejak akhir-akhir ini.

 

Rasa tidak puas hati itu diluahkan mereka melalui laman sosial Facebook.

 

Suriati Ismail di dalam Facebook mendakwa dia terpaksa membayar RM5 bagi sebatang bunga kantan di sebuah pasar.

 

“Paso (pasar)… Dungun paling mahal barang di Malaysia ni.. tak caye? BUNGA KANTAN SEBATANG RM5!!!.. tempat lain ada ker gitu?” katanya dalam status itu.

 

Status itu mendapat 635 ‘likes’ dan turut mendapat 378 komen yang menyokongnya dan mengutarakan pendapat masing-masing.

 

Zura Azura dalam komennya di status Suriati berkata, beliau turut terkilan dan terkejut apabila diberitahu kakaknya terpaksa membayar RM20 bagi satu setengah kilogram santan.

 

Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Canvas Frame Irdina berkata ketam yang dibelinya baru-baru ini berharga RM30 sekilogram yang menurutnya jauh lebih tinggi daripada tempat dia menetap kini di Selangor.

 

Aida Salisa Azam berkata dia turut serik apabila membeli sebiji timun dengan harga RM2.30 baru-baru ini.

 

Seorang lagi pengguna laman sosial dikenali Zai Ton berkata pihak berwajib harus memainkan peranan bagi menangani perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.