Guan Eng Terlalu Menyerang Hadi

Kota Bharu – Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan PAS bakal kalah pada PRU14 kerana berbaik dengan UMNO, dilihat sengaja memburukkan lagi keadaan dan menimbulkan kemarahan penyokong PAS.

 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, PAS berada di luar UMNO sejak dahulu lagi dan tidak perlu dipertikai.

 

“Sudah berapa kali Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) beritahu hubungan kita dengan UMNO ini hubungan antara kerajaan dengan kerajaan sahaja dan tiada hubungan antara parti.

 

“Kenyataan sebegini dibuat oleh PAS sejak dulu lagi dan tidak perlu diulas oleh DAP kembali,” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri PKINK di Perdana Resort, hari ini.

 

Beliau berkata baru-baru ini presiden (Hadi Awang) ada sebut kalau kerajaan Pulai Pinang boleh minta jambatan kenapa Kelantan tidak boleh untuk berbincang dengan PM soal mahu melaksanakan hudud.

 

Katanya ini hanyalah hubungan di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat dan tindakan Guan Eng melakukan `serangan’ adalah tidak wajar.

 

“Guan Eng sekarang dilihat terlalu `menyerang’ sangat presiden (Hadi Awang) dan ini menimbulkan rasa tidak senang penyokong PAS terhadap DAP,” katanya.

 

Mengulas mengenai hudud, Mohamed Fadzli berkata ianya akan tetap dibuat di Kelantan.

 

Katanya sekarang ini proses mengenainya masih berjalan dan timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sedang menunggu satu lagi persidangan dalam September depan dan kita (kerajaan negeri) akan tentukan apa yang patut dilakukan.

 

Laporan sebelum ini menyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membayangkan PAS bakal kalah pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan parti itu kepada kerajaan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sokongan PAS yang sebelum ini rakan sekutu DAP dalam pakatan rakyat terhadap isu itu adalah penanda bagi parti itu untuk kalah pada pilihan raya umum.

 

Beliau berkata bukan sahaja BN akan kalah (pilihan raya umum), parti-parti politik yang menyokong 1MDB seperti PAS pun akan kalah.

 

“PAS memang berdiri bersama dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan 1MDB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.