G-Dragon Bawa Kekasih Naik Lamborghini

Semalam, nama selebriti terkenal Korea, G-Dragon (GD) menjadi bualan utama di media sosial terutama dalam kalangan pemiant muzik K-pop kerana dua sebab.

 

Pertama, seorang peminat mendakwa melihat kelibat ketua kumpulan Big Bang itu tiba di sebuah hotel di Seoul, Korea, dengan menaiki sebuah kereta sport mewah jenis Lamborghini Aventador LP700-4 berwarna hitam.

 

Kedua, apa yang lebih mengejutkan, GD dilihat tidak keseorangan sebaliknya bersama seorang wanita yang mirip model dan pelakon Jepun berdarah kacukan Korea-Amerika, Kiko Mizuhara.

 

“Saya datang ke hotel Shilla dan ternampak G-Dragon dan Kiko (Mizuhara). Saya terkejut melihat sebuah Lamborghini, tetapi saya lebih terkejut apabila G-Dragon keluar daripada kereta tersebut.

 

“Ini adalah gambar G-Dragon dan Lamborghini miliknya,” kata peminat tersebut.

 

Sebelum ini G-Dragon dan Kiko Mizuhara beberapa kali digosipkan menjalin hubungan istimewa ekoran kedua idola pujaan ramai ini pernah dilihat kerap bersama.

 

Namun, setiap kali gosip tersebut timbul, pihak pengurusan GD iaitu YG Entertaiment menafikan bahawa kedua mereka sedang berpacaran.

 

Walaupun sudah ada penafian, gosip mengatakan mereka bercinta masih diperkatakan ramai.

 

Sepulasi semakin kukuh lebih-lebih lagi dengan tersebarnya gambar terbaharu mereka ini yang mencuri perhatian, termasuklah perihal kereta mewah GD yang bernilai RM1.9 juta.

 

Bagaimanapun, pihak YG Entertainment membuat kenyataan – “Itu memang G-Dragon dan keretanya, tetapi kami tidak tahu bila gambar itu dirakamkan. Kami juga tidak tahu sama ada dia bersama Kiko”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.