Dulu Curi Lembu, Sekarang Curi Komputer – PMSP

Putrajaya – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal projek 1BestariNet yang dianugerahkan kepada YTL Communication Sdn Bhd.

 

Sejak projek bernilai RM663 juta diberikan kepada anak syarikatnya, YTL Power International Bhd pada tahun 2011, kadar penggunaan 1BestariNet dikatakan masih rendah, di bawah lima peratus.
Berikutan peratusan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan membangkitkan persoalan kehilangan dana yang diperuntukan.

 

“Wang yang sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan aduan kepada pihak SPRM di Putrajaya pada Selasa.

 

Difahamkan, nilai projek itu berkenaan mengatasi projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang berjumlah hanya RM250 juta.

 

Jelasnya lagi, beliau tidak mahu isu projek komputer ini menjadi isu utama untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

 

“Kalau dulu, isu ‘BN curi lembu’ dijadikan modal untuk tujuan propaganda, tetapi kita tidak mahu isu ‘BN curi komputer’ pula dijadikan modal pada PRU akan datang,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.