Di Maria Hampir Milik PSG – Laurent Blanc

Berlin – Khabar-khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini dilihat semakin menjadi kenyataan apabila jurulatih Paris Saint-Germain, Laurent Blanc, memaklumkan media bahawa beliau ‘agak positif’ Angel Di Maria tidak lama lagi akan menyertai juara Ligue 1 itu dari Manchester United.

 

Di Maria kini berada di Argentina, dan tidak menyertai jelajah pramusim United di Amerika Syarikat, dengan perjanjian tersebut sedang dalam rundingan, menurut laporan ESPN.

 

Media tempatan mendakwa awal minggu ini pemain berusia 27 tahun itu telah bersetuju dengan bayaran sebanyak £44.8 juta

 

Sementara itu ejennya, Jorge Mendes dilaporkan sedang berunding dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengenai butiran kontrak.

 

Menjelang pertembungan persahabatan dengan United di Chicago, Blanc memberitahu media beliau yakin Di Maria akan ke PSG sedikit masa lagi.

 

“Perkara ini hampir selesai.

 

“Saya agak positif mengenainya tetapi, kita perlu tunggu ia menjadi rasmi,” kata jurulatih PSG itu.

 

Di Maria, yang masih dalam kecederaan paha ketika terlibat dengan Copa America akan menjadi rekrut ketiga PSG musim panas ini selepas ketibaan Kevin Trapp dan Benjamin Stambouli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.