Boko Haram Pancung Tiga Penduduk Kampung

Yaounde – Tiga penduduk kampung dipenggal dalam satu serbuan di Cameroon, semalam.

 

Menurut ejen keselamatan, anggota kumpulan militan Boko Haram dari negara jiran Nigeria menyerbu Kampung Tchebe-Tchebe dan Dzaba, kira-kira 10 kilometer dari sempadan Nigeria.

 

Kumpulan penyerang itu turut membakar tanah milik penduduk kampung serta sebuah gereja Katolik.

 

Menurut sumber keselamatan tempatan, pasukan tentera sukar masuk ke kampung-kampung terbabit yang terletak di kawasan pergunungan.

 

Kawasan di sempadan sering diserang Boko Haram yang memberontak di timur laut Nigeria, sejak 2009 dan sehingga kini telah meragut lebih 15,000 nyawa.

 

Pada Sabtu malam lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meletupkan dirinya di bandar Maroua dan mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa, dengan 79 yang lain cedera.

 

Ia adalah serangan berani mati kelima yang berlaku di Cameroon dalam tempoh dua minggu ini.

 

Minggu lalu, pihak berkuasa Cameroon melarang pemakaian purdah di bahagian timur, utara dan barat negara itu, bagi mengelakkan pengebom berani mati menyembunyikan bahan letupan dalam pakaian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.