Allah Lebih Mengetahui Segala-Galanya – Najwa Mahiaddin

Kuala Lumpur – ” Allah knows best (Allah lebih mengetahui segala-segalanya).

 

Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Najwa Mahiaddin iaitu anak perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ayahnya digugurkan daripada kabinet hari ini.

 

Luahan hati Najwa itu mendapat perhatian ramai apabila dalam tempoh sejam, statusnya itu dikongsi lebih 2,000 netizen.

 

Najwa turut menyatakan bahawa dia menerima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan.

 

“Tak apa, ini semua qada dan qadar,” katanya menjawab komen salah seorang pengikut Twitternya.

 

Muhyiddin hari ini digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib.

 

Jawatan Timbalan Perdana Menteri kini disandang oleb Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yan turut mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.

 

Seorang lagi Nain Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut menerima nasib yang sama apabila turut digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

Datuk Seri Hasan Malek dan Datuk Seri G.Palanivel turut disingkir daripada jawatan yang disandang mereka sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.