1,500 Syarikat Bakal Sertai Pameran Pertahanan Asia DSA2016

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,500 syarikat berkaitan pertahanan bakal menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 pada tahun hadapan kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 

Menurut beliau, DSA2016 bakal menyaksikan pameran yang lebih baik berbanding siri-siri terdahulu dengan penyertaan lebih banyak peserta yang melibatkan ruang pameran seluas 41,500 meter pesegi.

 

“Perbelanjaan pertahanan bukan hanya perlu dilakukan ketika peperangan ataupun ketidakstabilan geopolitik semata-mata namun ia perlulah berterusan walaupun ketika keadaan ekonomi kurang baik.

 

“Rakyat sebuah negara perlu tahu yang negara mereka aman dijaga oleh sistem pertahanan yang mantap yang turut mampu mengawal pelbagai kepentingan negara terbabit.

 

“Maka, kesiapsiagaan adalah antara perkara utama yang kita pentingkan dan itulah juga antara perkara pokok yang menjdi agenda kita semasa DSA2016,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melancarkan pameran DSA2016 di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.