Tok Pa dah pencen, tak minat tanding pilihan raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapa Mohamed sekali mengulangi pendirian bahawa beliau sudah ‘pencen’ daripada arena politik sekali gus tidak lagi berminat dicalonkan untuk merebut kerusi dalam mana-mana pilihan raya.

Bekas Menteri Ekonomi itu malah menegaskan, beliau telah melepaskan semua jawatan dalam politik.

“Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal mengenai calon pilihan raya di dua kawasan di Kelantan iaitu Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telahpun meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 September 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” tegas bekas Ahli Parlimen Jeli itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh, termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di Parlimen Gua Musang serta Jeli, jika PRK diadakan kelak.

Ketua Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata langkah menghantar dua ahli politik itu ke Dewan Rakyat bagaimanapun perlu mendapat persetujuan pucuk pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu.

“Kita serah kepada pucuk pimpinan untuk buat keputusan muktamad, jika ada cadangan (calonkan Annuar dan Mustapa).

“Perbincangan dibuat peringkat atas kita (Bersatu Kelantan) menerima apa saja keputusan, selepas peringkat akar umbi memberi maklum balas kerana yang lebih penting kemenangan untuk Bersatu dan PN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat