Saya baru tahu Mustapha bukan lagi ahli Bersatu – Muhyiddin

- Advertisement -

NIBONG TEBAL – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru mengetahui bahawa bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Mustapha Mohamed tidak lagi menjadi ahli parti Bersatu berdasarkan laporan berita.

Presiden Bersatu berkata, beliau menghormati keputusan yang diambil bekas Ahli Parlimen Jeli itu dan secara peribadi masa menganggap Mustapha atau popular dipanggil sebagai Tok Pa sebagai sahabat.

“Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli Bersatu. Saya tak dapat berita apa sebab mungkin dia lepas sahaja dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, dia tak nak bertanding lagi.

“Tapi tak apalah, Mustafa sahabat saya juga lagi. Saya harap walaupun begitu dia masih boleh dapat (beri) dengan hatilah kerjasama yang telah kita berikan waktu beliau dalam Bersatu,” katanya selepas sesi minum petang di Taman Puteri Gunung di sini, hari ini.

Muhyiddin turut percaya Mustapa tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain dan langkah beliau mengumumkan pengunduran sebagai ahli Bersatu berkemungkinan ingin membebaskan diri daripada terbabit dalam politik.

Hari ini media melaporkan, Mustapa sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau sudah ‘pencen’ daripada politik dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut memaklumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 September tahun lalu.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor dilapor berkata beliau sedia memberi laluan kepada Mustapa untuk bertanding di Parlimen Gua Musang atau Jeli jika PRK diadakan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat