Majoriti rakyat Malaysia ‘bersama’ Merah Kuning – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menitipkan kata-kata semangat buat pasukan Selangor FC sebagai tanda solidariti.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, seluruh rakyat Malaysia ada di belakang mendukung pasukan Merah Kuning itu meskipun tidak bersuara.

“They are not alone (Selangor FC), percayalah.

“Majoriti senyap rakyat Malaysia ada bersama Merah Kuning. Menjunjung kasih Tuanku,” catat Sanusi di Facebook.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj amat murka dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap Selangor FC.

Sultan Selangor malah menganggap ia tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, sekali gus tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

Baginda berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan.

Justeru susulan maklum akan respons Sultan Sharafuddin itu ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) semalam telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan denda dan beberapa hukuman yang dibuat pada 24 Jun lalu kepada Selangor FC susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lalu.

MFL berkata, pertimbangan semula itu dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun, Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya kurang senang dengan tindakan U-turn yang diputuskan MFL.

Pemangku Sultan Johor itu membidas, selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang Liga, suruh Sultan tulis surat murka sahaja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.

“Selepas ni Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh? kata Tunku Ismail.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat