LISA BLACKPINK Melancarkan Single Baru “Rockstar” dan Muzik video yang menakjubkan

- Advertisement -

Bintang rap, penyanyi, penari, dan ikon gaya terkenal dunia, LISA (Lalisa Manobal), hari ini mengeluarkan single terbaharu beliau berjudul “Rockstar” melalui LLOUD Co./RCA Records. Lagu ini boleh didengarkan di pelbagai platform penstriman.

“Rockstar” menonjolkan keupayaan LISA yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop yang bertenaga. Lirik seperti, “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala,” memperlihatkan bakat luar biasanya. Lagu baharu ini diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee, dua nama besar dalam industri muzik.

Selain lagu tersebut, LISA juga telah berkongsi video rasmi “Rockstar” yang diarahkan oleh Henry Schofield dan koreografi oleh Sean Bankhead. Dirakam di Bangkok, video ini memberi peluang kepada LISA untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya dan kehidupan jalanan Thailand yang asli. Tonton video tersebut di pelbagai platform video dalam talian.

LISA pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun TikToknya yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapatkan 1 juta pengikut dalam waktu 2 jam dan 18 minit. Selepas dia mengumumkan kelahiran single tersebut minggu lalu, ia disambut meriah dengan sokongan penuh kegembiraan dari para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone dan Billboard.

“Rockstar” adalah single solo pertama LISA yang dikeluarkan di bawah kerjasama terkini antara syarikat pengurusannya, LLOUD Co., dan RCA Records. Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD Co. ditubuhkan oleh LISA dalam usaha untuk mencipta platform bagi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.

LISA paling dikenali sebagai anggota kumpulan nyanyian wanita K-pop paling popular di dunia, BLACKPINK. Selain kejayaannya dengan BLACKPINK, LISA telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai seorang artis solo. Lagunya “Lalisa” dan “Money” telah memasuki carta top 10 Billboard Global 200, dengan “Money” memegang rekod sebagai lagu yang paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.

Pada tahun 2023, LISA memecahkan tiga rekod dunia Guinness dengan pengikut Instagram terbanyak untuk seorang artis K-pop, kini mencecah 103 juta pengikut. Dia juga merupakan pemenang solo K-pop pertama di MTV Video Music Awards dan MTV European Music Awards.

Di luar dunia muzik, LISA akan membintangi musim terbaharu siri hit HBO Original, The White Lotus, musim ke-3. Watak ini akan menjadi pengenalan gahnya di layar TV, malah saat ini dia sedang menjalani penggambaran di negara asalnya, Thailand.

Selain dominasinya dalam dunia muzik dan seni pentas, LISA juga dikenali kerana naluri fesyennya yang unik serta gayanya yang sentiasa mencetuskan trend. Dia memiliki beberapa kerjasama besar dan saat ini menjadi wajah kepada jenama Bulgari.

IKUTI LISA: INSTAGRAM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat