Wow Kelas Pelajari Seni Kentut?

Anda ingin mempelajari seni kentut? Jika ya, anda boleh mendaftar di sebuah kelas di Colwyn Bay di United Kingdom (UK).

Tentu mengejutkan kerana seumur hidup kita tidak pernah mendengar kelas sedemikian rupa. Rupa-rupanya, ia bukan kelas kentut sebaliknya kelas seni yang tersalah ejaan.

Iklan itu dipamerkan di dalam iklan di sebuah surat khabar iaitu North Wales Weekly News. Ejaan sebenar sepatutnya ‘Art Classes’ tetapi telah ditukar kepada ‘Fart Classes’’.

Malangnya kesilapan berkenaan telah tersebar secara meluas media sosial.

Disebabkan insiden memalukan itu, North Wales Weekly News telah mengakui akan kesilapan berkenaan.

Sementara bagi pihak yang mengiklankan kelas seni itu, tidak diketahui sama ada terdapat individu yang mahu mendaftar untuk kelas tersebut.

Displaying fart.PNG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.