Umat Islam Di Malaysia Dianggarkan Belanja RM1.8 Bilion Beli Baju Raya

KUALA LUMPUR – Hari Raya Aidilfitri merupakan hari istimewa dan amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di negara ini bagi diraikan bersama ahli keluarga dan sanak-saudara.

Lebih bermakna Aidilfitri disambut selepas umat Islam selesai melakukan ibadah berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadan.

Sesuai dengan keistimewaannya, kira-kira 18 juta daripada 31.7 juta penduduk negara ini yang beragama Islam pada tahun ini dianggarkan membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion untuk membeli baju baharu sempena sambutan Aidilfitri.

Wang RM1.8 bilion itu belum lagi merangkumi perbelanjaan untuk membeli kuih dan memberi duit raya kepada sanak-saudara sepanjang musim raya tersebut.

Pakar sosiologi dan antropologi, Dr. Fatimah Daud berkata, jumlah perbelanjaan membeli baju raya seperti baju kurung dan baju Melayu dikira berdasarkan anggaran asas kesemua 18 juta umat Islam hanya membeli sepasang baju raya berharga RM100 untuk setiap orang. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.