SIA Perkenal Menu Baharu Setiap Penerbangan Bermula Bulan Depan

SINGAPURA – Syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) dijangka memperkenalkan beberapa menu baharu termasuk nasi ayam dan nasi lemak sebagai hidangan pilihan untuk setiap penerbangan mereka bermula bulan depan.

Channel News Asia memetik SIA sebagai berkata, menu tempatan popular yang diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ke-70 syarikat penerbangan itu mendapat kerjasama daripada Lembaga Pelancongan Singapura.

Pengenalan menu tersebut juga diadakan sempena Festival Makanan Singapura yang berlangsung pada masa yang sama, kata SIA dalam satu kenyataan hari ini.

Selain dua menu popular itu, menu lain yang dijangka menjadi pilihan ramai termasuklah kuetiau sup bebola ikan, laksa ayam dan udang, mi sup Hokkien Peranakan dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.