Lesap RM2.7 Juta Ditipu Bomoh

KUALA LUMPUR – Dalam zaman serba moden ini, masih ramai orang yang percaya dan taksub terhadap aktiviti perbomohan sehingga mencatatkan kerugian sebanyak RM2.7 juta akibat ditipu bomoh dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Komplot/Jenayah Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Chong Mun Phing berkata, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 64 kes penipuan melibatkan bomoh dilaporkan melibatkan mangsa yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan berlaku di seluruh negara, seperti memetik Kosmo.

“Kebanyakan mangsa terpedaya dengan dorongan suspek yang menggunakan pelbagai taktik bagi memancing mereka kononnya mampu membuang sial, mengubati penyakit serta tidak kurang juga yang percaya ramalan bomoh untuk memenangi nombor ekor.

“Setakat bulan Mei 2017, sebanyak 15 kes dicatatkan di Johor dengan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM423,858 manakala Selangor pula mencatatkan kerugian paling besar dengan jumlahnya melebihi setengah juta ringgit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.